02 May 2015

Lepas SPM nak buat apa?

Assalamualaikum,
entri kali nih Lulu nak bagi pendapat pada adik-adik yang baru habis SPM kat luar sana tu. Macam mana keputusan? Tak gempak? Tak apa. Gagal SPM tu bukan bermakna gagal dalam hidup, come on laaaaa...
Amboi ayat kan? Hehehe.. Untuk pengetahuan adik-adik, Lulu ni sendiri SPM bukan dapat keputusan cemerlang pun dek non. 1A, yang lain kredit dan 1G taw. Yes.. 1G sebab pengetua Lulu tak bagi Lulu drop 1 subjek tu yang cukup Lulu benci, MATEMATIK TAMBAHAN!! Adik-adik jangan ingat orang yang dapat masuk U tu semua untuk orang bijak pandai, ada lagi kan U swasta?

Pendapat Lulu ada beberapa pilihan untuk adik-adik. Lepas SPM, Lulu masuk tingkatan 6. Banyak kelebihan, terutama dari segi kewangan. Adik-adik janganlah fikir yang masuk tingkatan 6 kena pakai baju sekolah lah, kelas macam sekolah lah, itulah inilah. Cuba fikir panjang, tingkatan 6 tu tak sampai 3 tahun, kos pun bukan macam amek diploma. Cuba bayangkan, habis form 6 takde bebanan hutang pun contohnya PTPTN, MARA etc. Takkan nak study setakat form 6 je kan? Mesti nak ambil degree. Masa form 6 la kena fokus study. 4 subjek je. Bukan macam SPM 10 subjek. Haishhhhhhhh...

Kat sini Lulu nak tekankan, bukan Lulu tak galakkan ambil Diploma ye. Lulu cuma bagi cadangan pada adik-adik yang mendapat keputusan yang tidak berapa bombastik supaya adik-adik tak lemah semangat. Ingat tu!!


Habis STPM dah boleh ambil degree!!!! Masuk jugak Universiti. Lulu masuk Universiti Kuala Lumpur. Alhamdulillah, now dah tamat belajar dah. UniKL memang the best bagi Lulu. Teknik pembelajaran memang bukan setakat dalam kelas sahaja, lecturer akan dekatkan student dengan dunia sebenar. Macam Lulu punya kos Business Admin (management & entrepreneurship), kami memang diberi peluang untuk belajar memulakan perniagaan sebagai usahawan, menghadap tekanan sebenar, cara menangani risiko, belajar cara market kan sesuatu produk dan lain-lain.

Wahhhh.. Promote UniKL gitu... Hahaha.. Tapi memang UniKL the best! Tak sabar nak convo September ni. Weeeee....