11 March 2012

Welcome Semester 2/2012 UniKL ISE

Assalamualaikum,

Dah puas sangat dah bercuti so now Lulu kembali ke UniKL untuk semester kedua. Alhamdulillah.. Untuk semester 2 nih (dengan nada excited) Lulu akan stay kat Kampung Baru. Lolx!! Kenapa tak duduk hostel?? Entahlah, dah kena kick dengan presiden, sebabnya hostel kini hanya untuk student semester 1 je. Ishhhh... Sabar jelah. Bagitaw last-last minit. MARA Lulu pun akan dapat next week. So, balance la kan untuk permulaan semester 2 ni. Hahaha... Anyway Lulu stay dengan classmate Lulu jugak, Mya (Perak), Farah & Zainon (Sabah). Apa jadi  dengan bestie Lulu? Kami terpisah pulak untuk semester nih.. Huhuhu.... Never mind, rumah kami still dekat. Nilah rupa rumah baru Lulu:
Bilik Tidur
Pandangan Depan
Ruang Tamu / Study Side

Ruang Dapur / Toilet
 Rumah sewa nih ada dua bilik, tapi kiranya Lulu sewa bilik lah but dapat semua ruang kat atas ni. Kongsi dengan 3 orang classmate, sewa jadi murah. Bil air & elektrik pulak kongsi 6 orang termasuk orang bilik sebelah Lulu. Daripada rumah sebelum nih Lulu duduk. Mahal kot. Huhuhu...


05 March 2012

Percutian Keluarga ke Universal Studio in Singapore (USS)

Assalamualaikum...

Hari ni Lulu nak cerita sal percutian Lulu ke USS! Seronok sangat... Cekidaut~~~

Alex the Lion in Madagascar.


Madagascar
Benda pertama yang Lulu nak cuba adalah Madagascar. Sebabnya Lulu suka karakter dalam kartun nih. Paling suka si Zirafah tu. Walaupun nampak cam bodoh je tapi bagi aku dia adalah karakter yang paling jujur. Hahaha….
Apa yang aku cuba dalam dunia Madagascar is boat riding. Half wet jugaklah sebabnya berair. Dalam dunia Madagascar kita dapat rasa macam kita betol-betol tengah tolong penduduk Madagascar dari Foosa tu. Ala… Yang macam singa tu. Yang nak makan tupai cute mata bulat tu… Hahaha… Apa yang bestnya, tempat tu gelap, kita naik boat dalam 12 orang. So sama-samalah alami detik cemas bersama karakter Madagascar : Alex the Lion, Marty the Zebra, Gloria the Hippo and Melman the Girrafe. Tempat ni aku bagi 4 half star!

Entrance Far-Far Away
Far Far Away
Far-far away… Ala, dalam cerita shrek tu kan ada Negara far-far away, apa yang menarik dalam kawasan ni adalah kita rasa betol2 mcam kita ada dalam filem Shrek tu. Sebabnya, kawasan persekitaran yang sebijik macam dalam animasi Shrek. Dalam kawasan ni jugak ada show dengan Donkey si mulut becok tu. Yang best tentang show ni adalah kita boleh berinteraksi secara live dengan Donkey tu. Memang seronok, sangat lawak. Lepas dari tu kami naik roller coaster Dragon. Isteri kepada Donkey tadi. Memang tak lama duration dalam roller coaster tu, dalam 10-15 saat macam tu. Tapi kelajuan dia boleh dikatakan high speed jugak. Kira oklah kan warm up for first time naik roller coaster.




Jurassic Park Entrance. ROARRRRR!!!


Jurrasic Park
Kat sini, Lulu dan keluarga cuba naik dua benda. Pertama high speed roller coaster dan kedua boat. Mulanya Lulu pelik lah kenapa ada jual poncos kat luar entrance. Lulu teringat classmate cerita ada game basah-basah, so better beli. Lulu pun belilah.. Memang bernasib baik lah kan, kami tak basah macam orang yang tak beli poncos tu. kihkihkih... Yang keduanya, high speed roller coaster, flying canopy. Adik Lulu naik sebelah Lulu macam nak tercampak Lulu tengok. Hahaha... Rasa tak nak bagi dia naik lagi dah. Lulu takut jugak naik flying canopy. Duration flyin canopy nih lebih kurang 10-15 saat. sekejap? Patut cuba dulu baru taw macam mana tercampak rasanya!!

Ancient Egypt
A Egyptian Women!! Nice sangat!!
Mulanya Lulu ingat takde apalah yang menarik sekadar struktur bangunan je terasa macam kita ni berada dekat dunia  Egypt betol-betol. Tapi rupanya Lulu dapat jugak rasakan salah satu keunikan roller coaster dalam USS ni. Kalau nak tahu, kena cubalah apa yang menarik. Cuma agak menyesal naik satu kereta nih dalam bahagian Ancient Egypt ni adalah, kereta tu jalan slow je, dan takde apa yang menarik sepanjang perjalanan lebih kurang 2 minit. Ayah Lulu sampai menunjukkan muka bosan. Huhu.. Sorry abah.. Owang yang rajin nak naik semua… Ayah Lulu kata siapa tak naik roller coaster dalam Egypt nye pyramid nih, sangat-sangat rugi!!

Sci Fi City
Sempat take pic roller coaster tengah bergerak!
Battlestar Galactica!!! Tak lengkap la kalau korang pergi USS tapi tak naik roller coaster high speed ni! Memang laju. Kat battlestar ni ada 2 jenis roller coaster, satu yg akan membuatkan kaki kite tergantung sebabnya takde lantai, lagi satu ada lantai. So, Lulu ni bukan berani sangat. Lulu ajak family Lulu naik yang ada lantai, warna merah… Nama roller coaster tu Human. Yang tergantung tu Cylon, warna biru. Naik Human pun dah nak tercabut jantung Lulu, inikan nak naik yang Cylon. Memang tak. Adik Lulu tak cuba naik pun. Mana taknya, tengok dari jauh pun dah ngeri! GRRRRR~


Wooooo.... Nice & Smart replica nih!!

                                                                 



 The Transformer 
Transformer, tempat baru buka December, 2011. Tempat ni dapat banyak sambutan disebabkan baru bukak. Lebih 20 minit jugak beratur semata-mata nak naik Transformer high speed roller coaster. Anyway, walaupun baru, memang amat puas hati. Tak sia-sia family beratur panjang-panjang. Memang seronok. Serius!! Naik roller coaster lawan dengan robot jahat secara 3D. Dengan api yang dinyalakan bila kereta meletup, memang akan terasa panas. Air yang terpancur dari depan, sebabnya robot tu cakap tersemur air liur. Untungnya kalau duduk sit depan. Pilih lah yang depan kalau korang ke sana!
 


New York
Lights, Camera, Action adalah salah satu tempat yang menarik kat area New York. Lulu dapat take pic dengan minah salleh but Lulu actually tak tahu pun dia bawak karakter apa. Haha.. Kenapa Lights, Camera, Action seronok? Sebabnya, kita akan masuk ke satu set di mana seorang pengarah akan bawak kita ke set penggambaran filem. Kiranya dia bagitaw la rahsia macam mana orang Hollywood buat rakaman filem yang macam Godzilla tu ke, macam mana di buat rebut petir. Sedangkan buat dalam pentas je pon. Tak perlu nak ke laut yang real nak buat action yang cemas… Rasanya cerita Titanic tu diorang buat macam yang Lulu tengok kat set tu…. Huhu…



Konklusinya, USS nih salah satu tempat yang menarik yang PERLU keluarga pergi. Bukan sahaja menarik, malahan berpuas hati walaupun tiket masuknya agak mahal. Tapi apa yang nak Lulu cakap, better pergi pakej dan stay di JB, dan jangan pergi time cuti sekolah. Banyak rugi. Lulu bernasib baik dapat cuba hampir semua benda yang ada kat USS tu hanya dalam sehari… Seronok… Lulu stay di JB, 11 Century Hotel.. Memang berpuas hati. Cuma makanan di kafe tidak berapa memuaskan.. :(