14 July 2012

Perkahwinan Sepupu di Melaka

Assalamualaikum,

Letihnya badan setelah sibuk tolong maklong Lulu untuk uruskan perkahwinan sepupu Lulu. Seronok rasanya bila tengok sepupu dah berkahwin, tamatkan zaman bujang. Seriously Lulu sangat gembira dengan perkahwinan sepupu Lulu. Simple but nice & happening!! Seronok bila ramai sepupu yang balik kampung (padahal bukan diorang yang balik kampung, Lulu yang balik dari KL lagi ada.... -..-)

Pengantin dok sibuk nak kahwin, Lulu yang sibuk pakai inai.. Hehehe.. Lulu memang suka inai. Cantik bila tengok jari ada warna merah..

Majlis perkahwinan sepupu berlangsung selama 2 hari 2 malam. Malam akad nikah pada Jumaat malam Sabtu, persandingan di rumah pihak perempuan sepanjang hari sabtu dan persandingan di rumah pihak lelaki sepanjang hari ahad.

Apa yang uniknya, menantu maklong Lulu semuanya nama panggilan bermula dari huruf 'I'. Menantu pertama Ida, kedua pula Izzah dan yang terbaru Izaty. Kreatifnya mereka!! Kih3... Inilah sebahagian gambar yang Lulu ingin share dengan pembaca.
Selesai akad nikah
Telekung untuk bakal isteri

Perfume dari pihak lelaki
Yang ni sepupu perempuan Lulu yg bakal tamatkan zaman bujang pada tahun ini juga.

Lulu & Bella in Polka dots cloth ^.^
Kepenatan yang melampau... Zzzzz!!

Kantoi!! Tak tahu ikat sampin... Hehe!!
Dah selesai majlis, pengantin jadi orang minyak!!




















P/s: Lepas Salwa kahwin, siapalah pula yang kahwin ye.. Hehehe!!! Lulu fokus untuk degree dulu, lepas kerja baru fikir kahwin. Kemungkinan 5 tahun akan datang... OPPSSS!!!!

No comments:

Post a Comment