21 March 2013

Resepi Pavlova Mudah

Assalamualaikum....

Minggu lepas Lulu jadi bakers dengan ibu Lulu... Apa yang kami buat minggu lepas? Hahaha... Mula-mula kami wat kek batik CHEESE!! Biasa orang buat kek batik coklat (milo) kan? Tapi lulu buat cheese punya. memang terbaik toq. Hahaha...

tapi apa yang menariknya Ibu lulu buat PAVLOVA!!! Haaaa kau.... Lulu sendiri x pernah jumpa pavlova & rasa guna tekak sendiri. asyik dok dengar member cerita pasal pavlova je... Tapi memang sedap! Ada kawan-kawan yang nak resepi Pavlova sebab lulu upload gambar pavlova tu... (Mengiurkan)

so.... inilah resepinya... Actually, resepi asal dapat dari internet (x pasti sumbernya) tapi Lulu ubah sikit-sikit je... =P


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

Asas Pavlova:
4 biji putih telur (Jangan ada sikit pun telur kuning)
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping:
Whipping Cream (yang spray tu........)

Hiasan:
Kiwi
STrawberry
(Apa-apa buah yang masam)

Cara-cara :

(Panaskan oven suhu 150'C terlebih dahulu selama 30 minit : sambil-sambil tunggu, korang buat asas pavlova ni =D)

1. Pukul putih telur guna mixer dengan kelajuan paling tinggi (pukul sampai bila korang terbalikkan mangkuk tu, putih telur tu tak jatuh)

2. Jangan hentikan mixer tu dengan kelajuan yang sama, masukkan gula kastor sikit-sikit. Teruskan pukul  selama lebih kurang 3 minit sampai bahan jadi putih berkilat & tekstur dia sama macam meringue.

3. Jangan hentikan mixer lagi, masukkan tepung jagung & terus pukul sampai sebati. Dah sebati? berhentikan mixer.
Gunakan spatula / senduk kayu
4.  Masukkan esen vanila dan cuka. Gaulkan guna spatula.


Parchment paper / kertas minyak
5. lapik kan parchment paper (jangan pakai alumunium foil plak!) dalam loyang yang bulat (kalau nak buat bentuk 4 segi pon boleh)


6. letakkan meringue tadi atas loyang yang telah dilapikkan. Kalau ikut cara sebenar, masa letak meringue tu kena buat tengah rendah sikit dari bahagian tepi, tapi lulu buat rata je. Hahaha..

Masa nak bakar:

1. Letakkan adunan meringue dalam loyang tadi di bahagian tengah oven (suhu oven adalah 110'C & api BAWAH sahaja digunakan) Bakar selama 1 Jam 15 minit. (Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda)

Homemade Pavlova by Ibu Lulu!
2. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

3. Spraykan whipping cream atas meringue yang dah sejuk tu. tutuplah permukaan meringue yang nampak perang-perang tu kan. Then, hiaskan buah-buah yang dipotong. hiaslah cantik-cantik ye. Lulu pakai hentam je.

4. Letakkan pavlova tadi dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Sedia untuk dimakan!

P/s: Makan waktu sejuk sedap.



10 March 2013

Habiskan Baucer Buku di Popular, Pasar Seni

Assalamualaikum...
Nawaitu Lulu nak habiskan lagi RM100 (Baucer buku) tapi hajat hati tak tercapai. Memang dah aim nak habiskan jugak. So, habiskanlah masa dengan housemate kat Popular Bookstore, HS Lee (Pasar Seni).
Masa tu, kedai dah nak tutup dah. So, pakai capai je apa pun yang terlintas depan mata nih. Inilah yang Lulu beli.
Buku Ilmiah, komik & alat tulis.
Yang tak boleh blahnya, buku perkahwinan pulak yang dicapainya.. Haishhhh!! Takpelah, sebagai persediaan lah untuk menamatkan zaman bujang (waaaa.. ayat!!) Nak taw kenapa x tercapai nak habiskan baucer tu semua sekali? Sebabnya kat baucer Lulu tu, Lulu tulis nama x berapa jelas. Sedih rasa. Tapi yang layan Lulu tu (amoi cina) memang lemah lembut, so xdelah rasa nak mengamuk ke apa ke. Yang kesiannya, 2 orang customer dilayan macam apa je ngan sorang minah India yang jaga kaunter tu.

Sepatutnya, janganlah tengking or tinggi suara dengan customer. Memang ada notis kat situ, tapi sepatutnya dia kenalah terangkan dengan bahasa yang baik. Yelling like what la....... Kalau macam tu lah anda layan customer, mungkin anda akan kehilangan lebih banyak pelanggan. Ishhh... Ishhh....

P/s: Kalau tulisan korang ada slack sikit, better dapatkan cop kedua institusi korang. cop kat bahagian depan. Kalau MPH ok je. xde masalah pon. layan pun elok! Belanja above RM100 dapat lucky draw..
Lucky Draw yg Lulu dapat!! Weeeee!!! Sushi~

09 March 2013

Setelah lama menyepi

Assalamualaikum...

Chakkkk!!! Lama x update blog nih... Bukan apa, Lulu makin busy dengan study.. (Study la sangat kan.-..-)
Maaflah readers... (Macamlah ada viewers & followers yang ramai kan? Pftttt...-..-) sibuk bukan apa pun, sebab Lulu baru-baru ni frust dengan keputusan exam sem lepas. Lulu focus & buat sehabis baik dah. Tapi takde rezeki untuk Lulu dapatkan dekan. Redha je. So, semester kali ni Lulu nak struggle untuk dekan!! Insya'Allah...

Kali ni Lulu nak share resepi. waaaaa!!! Dah pandai masak ke? Ala... Bukan pandai masak pun, tapi disebabkan Lulu sekarang nih malas nak makan kat luar.. Mahal! X sedap! x kenyang! Macam-macam lagilah. Apa yg Lulu masak hari nih?

Telur masak kicap

Tadaaaaa!!! Telur masak kicap! Mungkin korang rasa telur masak kicap nih xdelah mencabar mana sebab simple sangat nak masakkan? Tapi disebabkan Lulu baru nak berjinak-jinak dalam dunia memasak nih, inilah masakan yang mampu Lulu masak dengan jayanya.. (Telur masak kicap je pun weiiiiii~)

Bahan-bahan:
2 biji telur
7 Sudu besar kicap manis (Lulu pakai kipas udang)
2 batang cili padi (hiris)
1 bawang besar (hiris)
2 bawang putih(hiris)
2 sudu besar sos cili (Lulu pakai sos cili Thai Life)
Sedikit perahan air asam jawa
1 Sudu besar gula pasir
Perasa (Ajinamoto / Maggie Secukup rasa)
Sedikit ikan bilis (buang kepala dan perut)

Cara-cara memasak:
- Masak telur mata kerbau dan ketepikan.
- Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
- Tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau.
- Masukkan kicap, sos cili, air asam jawa, gula & perasa. Biarkan selama 30 saat.
- masukkan telur dan ikan bilis dan dikacau sebati.
- sedia dihidang!

p/s: Gambar ni Lulu amek dari Encik Google ye. Lulu x sempat ambil gambar tadi licin dah jiran habiskan lauk nih... Hehe... Selamat mencuba!

08 March 2013

Baucer Buku 1 Malaysia boleh exchange dengan cash?!

Assalamualaikum...
Sekarang nih semua kedai buku tengah diserbu oleh pelajar IPTA mahupun IPTS kan? tengok jelah kat mana-mana, boleh kata semua kedai buku yang terima baucer buku kena serbu. Tarikh tamat tempoh baucer buku nih kan tamat bulan May. Dah tinggal berapa bulan lagi nak habiskan. Ada jugak yang baru nak terima baucer ni (Lulu la tuuuu)

Ada khabar hangen (waaaaaa) menyatakan yang baucer buku boleh tukar pada cash... Macam seronok pulak kan dengar. WELLLLLL.... meh sini Lulu nak cite pengalaman Lulu ea... Last week, Lulu nak bank in duit sepupu Lulu dekat BSN (memang khabar angin menyatakan BSN boleh terima baucer buku untuk tukar kepada cash), kebetulan time tu memang ramai la sangat. Tunggu giliran macam nak bercinta! Dipendekkan cerita, situasi seorang lelaki muda pergi ke kaunter:

Lelaki: Kak, saya nak tukar baucer buku.
Akak bank: Kenapa nak tukar?
Lelaki: Buku study sume dah beli dah. Baucer nih dapat lambat sangat!
Akak bank: Oooo... Belilah stationary, kalau x pun belilah komik.
Lelaki: Semua dah lengkap dah kak. Komik saya x minat.
Akak bank: Camnilah dek, baucer buku kena tebus kat kedai buku. Sini bank ye dek. Kami tak layan.
(Akak tu terus tekan butang untuk panggil pelanggan seterusnya, lelaki tu plak blah dengan muka hampeh!)

Moral of the story: Tengoklah kat baucer tu kan ada syarat. Kalau xde apa nak beli untuk diri sendiri, apa kata korang belikan adik2, sedara mara, kawan2 or mak ayah korang buku yang berfaedah??

Syarat nombor 2 terang-terang dah tulis.