02 September 2011

Bestie Lulu di UniKL

Kehidupan as siswi memang menyeronokkan dengan kehadiran rakan-rakan yang sempoi and TERBAIKKKKKK!! Now Lulu nak memperkenalkan rakan-rakan baik Lulu:

#1 Alin @ Omak Den
Awek Kelantan ni merupakan roomates aku yang paling tua la.. That's why kenapa geng-geng yang lain panggil OMAK... Asal je dari Kelantan, tapi bila cakap lebih pada loghat negeri sembilan. Dia paling tua sekali pun, dia lah yang paling sporting. Kalau aku ada masalah, dialah tempat aku luahkan... (Ceh.. Ayat tak boleh Blah kot!) - Student course ACC
Ah Moy dari Kelantan!

#2 Ika Dzaki
Minah yang datang dari Perak ni pulak rakan sekatil aku. Dia ni jenis yang cool, steady and relax je sepanjang masa. Belum pernah setakat ni aku tengok dia mengamuk ke marah ke. Murah hati jugak.. Tapi yang tak boleh Blah, kalau dia dengan Alin kenakan aku... Nampak lah tanduk dia.. - Student course IF
Awek dari Tanjung Malim, Pay-Rowk!

#3 Aimi Aimo
Nih merupakan awek dari Terengganu, yang merupakan roomates and classmate aku. Dia yang paling muda sekali dalam bilik aku. So dia adalah adik. Yang bestnya minah ni, boleh tahan cool jugak.. Tapi kalau dah mengamuk... "Tanjat Boboy" (Ayat yang selalu aku guna pakai bila aku terkejut) Kami berkongsi Zodiak dan tarikh lahir yang hampir sama (28-29 September) - Student course ME
Awek muda dari Ganu!

Kawan-kawan yang lain...
Diana (3 dari kiri) & Miera (paling kanan)

Diana and Miera budak bilik lain, tapi selalu lepak bilik kitorang buat bising untuk membisingkan lagi bilik kitorang yang sedia kala bising. Diana from Melaka, student ACC, Miera pulak dari Kelantan student IF. Geng kitorang cukup lengkap. Hahaha... Kami sentiasa berkongsi apa sahaja yang kami ada melainkan boyfriend la... (Walaupun Lulu kini single... Tapi tak sanggup berkongsi... Lalalala)



No comments:

Post a Comment