05 December 2011

Ombak Rindu Wajib Tonton 2011!


Ombak Rindu? Semua orang seibuk dengan filem yang baru ditayangkan pada 1 Disember 2011. Filem ini adalah diadaptasikan dari sebuah novel ‘Ombak Rindu’ karya Fauziah Ashari. Lulu bukan nak kata kaki novel la, tapi Lulu pernah baca masa zaman sekolah menengah dulu (ala.. terpaksa baca sebab nak hilangan bosan lepasan PMR) Lulu tak berapa ingat dengan jalan ceritanya tapi, yang pasti Lulu ingat itulah novel pertama yang Lulu baca + boleh mengalirkan air mata. Hehehe… (dalam hati ada taman tau..)

Filem ni boleh dikatakan antara filem terbaik yang Lulu suka tengok selain dari ‘Lagenda Budak Setan’ yang merupakan adaptasi juga novel karya Ahadiat Akashah. Ombak rindu merupakan filem romantic yang harus ditonton pada tahun ini. Rugilah siapa tak tengok kan. Lakonan mantap oleh Aaron Aziz yang melakonkan watak Hariz dan Maya Karin mendukung watak Izzah. Tambahan, lakonan Lisa Surihani yang memegang watak Mila turut berjaya menarik perhatian Lulu. Markah untuk filem ini adalah :
FIVE STARS!!
p/s: Kalau siapa yang ada jiwa macam Lulu (dalam hati ada taman) anda dikehendaki membawa tuala kecil. Sebabnya, tisu sebungkus belum tentu cukup.. Hehehe…

No comments:

Post a Comment