01 July 2012

Kali ni ke Genting Highlands


Assalamualaikum,
Hari ni Lulu nak kongsikan percutian Lulu ke Genting Highlands, Pahang. Apa yang uniknya kali ni, Lulu bercuti tanpa keluarga di sisi. Yelah, biasa duduk bawah ketiak ibu je. Kali ni Lulu ke Genting Highlands bersama rakan-rakan Lulu. Dan apa yang bestnya, rancangan ni adalah dalam masa jangka pendek. Dipendekkan cerita Lulu terus pergi ke KL Sentral untuk dapatkan tiket ke Genting Highlandas. Malangnya untuk dapatkan bas kena tunggu 3 jam. So, kami semua ambil keputusan untuk naik teksi sahaja. Tambangnya adalah RM25 setiap seorang. Kalau naik bas pula tambangnya adalah RM10.30.  Perjalanan ke Genting Highlands ambil masa hampir 1 jam. Kami naik skyway untuk ke puncak Genting Highlands.

Di Hadapan Skyway Cable Car
Tiba sahaja dipuncak kami breakfast. Oleh kerana pakej yang kami ambil (RM53) kena pilih antara nak main outdoor theme park atau nak makan waktu lunch,  so kami kenalah keluarkan sedikit wang untuk makan (Ehem… bukannya sedikit, paham jelah tempat macam ni, kalau nak beli makanan berganda dari harga biasa) Kami habiskan masa naik hampir semua permainan yang ada kat outdoor tu. Kami hanya tak cuba roller coaster spiderman. Huahuahua!! Semua kecut perut bila tengok orang yang naik roller coaster spiderman tu berada dalam keadaan meniarap. NGERINYA!!
First sekali cuba yang tak mencabar dulu.
Perjalanan ke puncak.
















Double Decker bus dari London uollsss!!



Tagged di tangan KAMI
Tips Lulu nak share:
1.       Lebih baik anda beli tiket awal-awal. Pilih pakej RM53 tu. Settle semua.
2.       Bila pilih pakej nih, Lulu cadangkan baik anda beli makanan dari luar. PENTING!! Kerana mampu menjimatkan banyak wang. Contohnya: Air Milo Ais diluar RM2.00, tapi dekat sini RM6.00. (HELLOO!! 3x Ganda la uollsss! -..-)
3.       Dinasihatkan lebih baik pergi seharian je. Tak payah tido sana (pada yang bercuti dengan rakan-rakanlah… kalau dah berkeluarga, tido jelah kalau mampu)
4.       Bawak sweater.. Sejuk amat kat sana. Terutama bila tengah naik roller coaster dan pada waktu malam. Agak-agak boleh beku kalau tak pakai sweater.
5.       Jangan pergi time cuti sekolah. Kalau nak jugak pergi, alamatnya beratur panjang menanti giliran untuk cuba permainan tu. So, kenalah bermalam.
6.       Terakhir sekali, jangan pergi time hujung tahun sebabnya apa yang Lulu tahu, Malaysia mengalami musim hujan bila tiba hujung tahun, bila hujan, permainan outdoor takkan dibenarkan untuk main. So dapatlah main yg indoor sahaja.. Hehe…

Tiga gadis Melaka yang suka ronda-ronda. CHILL!! ^.^Y


No comments:

Post a Comment