Assalamulaikum...
Setelah selesai settlekan bil broadband & yuran semester, sambil menunggu waktu berbuka puasa, Lulu terasa nak meluangkan masa dengan menonton wayang, kali ni tengok cerita seram!! Hantu yang terkenal di Thailand. Ala... Dulu keluar cerita "Nang Nak", tapi kali ni "Mae Nak". Kalau ikut kisah, hantu "Nak" nih sebenarnya kisah benar, di mana seorang wanita bernama "Nak" berasal dari Phra Khanong mati ketika sedang melahirkan anak kepada suaminya bernama "Mak".
Cerita asalnya:
Boleh dikatakan "Nak" ni cantik orangnya, sopan santun, baik. Ramailah kot yang suka kat dia, tapi dia cintakan "Mak". lelaki yang kacak, baik & rajin. "Mak" pulak dapat panggilan untuk berkhidmat kat bandar, so dia terpaksa tinggalkan "Nak" di kampung bersama keluarga, dalam masa yang sama "Nak" pulak mengandung. Lama jugaklah suami dia tinggalkan dia. Sampai saat "Nak" dah nak melahirkan, dia mati masa melahirkan. "Mak" balik kampung dia, tapi masih tak tahu yang "Nak" nih dah mati, "Mak" balik rumah "Nak" dan disambut oleh roh jahat "Nak". Siap masak & tidur bersama. Dah lama-lama baru "Mak" tahu yang sebenarnya bini dia dah lama mati. Kisah ni agak legend jugaklah bagi orang-orang Thailand. Nak tahu lebih lanjut, klik sini atau klik sini.
Cerita Mae Nak sama je macam apa yang Lulu terangkan tadi, cuma kisah selepas tu la berlainan sikit dari kisah Nang Nak. Mae nak means "Lady Nak" & Nang Nak pulak "Miss Nak". Pendapat Lulu, cerita Mae Nak takdelah terlalu seram. Ok jugaklah, cuma tak suka part cekik-cekik nih. Menakutkan je. Memang Lulu tutup mata je masa tu. Cerita nih ada unsur komedi pada awal dan pertengahan cerita. Cerita ni tak buat Lulu mengantuk sebab cuak kan. Cerita nih jugak agak romantik. Bagus jugak pengarahnya, dapat terapkan unsur sedih, romantik, seram dan komedi dalam sebuah filem. Pelakon watak "Nak" nih, seriously Lulu ingatkan Fasha Sandha. Adessss x_x
p/s: Kalau orang Malaysia, dikenali sebagai pontianak. Rasanya lah....
No comments:
Post a Comment