Minggu lepas Lulu jadi bakers dengan ibu Lulu... Apa yang kami buat minggu lepas? Hahaha... Mula-mula kami wat kek batik CHEESE!! Biasa orang buat kek batik coklat (milo) kan? Tapi lulu buat cheese punya. memang terbaik toq. Hahaha...
tapi apa yang menariknya Ibu lulu buat PAVLOVA!!! Haaaa kau.... Lulu sendiri x pernah jumpa pavlova & rasa guna tekak sendiri. asyik dok dengar member cerita pasal pavlova je... Tapi memang sedap! Ada kawan-kawan yang nak resepi Pavlova sebab lulu upload gambar pavlova tu... (Mengiurkan)
so.... inilah resepinya... Actually, resepi asal dapat dari internet (x pasti sumbernya) tapi Lulu ubah sikit-sikit je... =P
Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :
Asas Pavlova:
4 biji putih telur (Jangan ada sikit pun telur kuning)
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping:
Whipping Cream (yang spray tu........)
Hiasan:
Kiwi
STrawberry
(Apa-apa buah yang masam)
Cara-cara :
(Panaskan oven suhu 150'C terlebih dahulu selama 30 minit : sambil-sambil tunggu, korang buat asas pavlova ni =D)
1. Pukul putih telur guna mixer dengan kelajuan paling tinggi (pukul sampai bila korang terbalikkan mangkuk tu, putih telur tu tak jatuh)
2. Jangan hentikan mixer tu dengan kelajuan yang sama, masukkan gula kastor sikit-sikit. Teruskan pukul selama lebih kurang 3 minit sampai bahan jadi putih berkilat & tekstur dia sama macam meringue.
3. Jangan hentikan mixer lagi, masukkan tepung jagung & terus pukul sampai sebati. Dah sebati? berhentikan mixer.
4. Masukkan esen vanila dan cuka. Gaulkan guna spatula.
![]() |
Parchment paper / kertas minyak |
5. lapik kan parchment paper (jangan pakai alumunium foil plak!) dalam loyang yang bulat (kalau nak buat bentuk 4 segi pon boleh)
6. letakkan meringue tadi atas loyang yang telah dilapikkan. Kalau ikut cara sebenar, masa letak meringue tu kena buat tengah rendah sikit dari bahagian tepi, tapi lulu buat rata je. Hahaha..
Masa nak bakar:
1. Letakkan adunan meringue dalam loyang tadi di bahagian tengah oven (suhu oven adalah 110'C & api BAWAH sahaja digunakan) Bakar selama 1 Jam 15 minit. (Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda)
![]() |
Homemade Pavlova by Ibu Lulu! |
2. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
3. Spraykan whipping cream atas meringue yang dah sejuk tu. tutuplah permukaan meringue yang nampak perang-perang tu kan. Then, hiaskan buah-buah yang dipotong. hiaslah cantik-cantik ye. Lulu pakai hentam je.
4. Letakkan pavlova tadi dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Sedia untuk dimakan!
P/s: Makan waktu sejuk sedap.
No comments:
Post a Comment