Wah... Dah lama sangat rasanya Lulu tak update blog. Sejak rumah sewa dah takde wifi ni. Banyak sangat benda nak share tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah, sekarang baru ada masa nak luangkan bersama blog.
Since Lulu dah lama tak update blog, status Lulu kini adalah pelajar tahun akhir di Universiti Kuala Lumpur. Bulan Jun, 2014 dah mula intern dah. Praktikal... Keputusan last semester boleh kata Lulu puas hati setelah beberapa semester ni Lulu dapat keputusan yang boleh dikatakan cukup-cukup makan. Ada jugak kawan tanya macam mana boleh naikkan pointer masa sem lepas. Bagi tips sikit!!
Well....... Lulu takde tips cuma cara Lulu study masa sem lepas lain sikit. Macam mana? Macam ni laaaa.......
1. Deactivate FACEBOOK!
Mungkin ada yang akan fikir, kenapa nak deactivate facebook. Kat facebook kan boleh study. Oh well, Lulu bukan macam orang lain, Lulu senang leka. Nawaitu Lulu kalau bukak facebook tu memang nak study, tapi bila Lulu dah bukak facebook dan baca status or tengok video menarik, mulalah leka. Video menarik means video lawak sebab Lulu slalu follow page video lawak ok. Bila takde facebook, Lulu banyak luangkan masa dengan perkara berfaedah.
2. Lepak dengan kawan-kawan!
OK... bukan lepak borak kosong atau mengumpat. Pastikan korang lepak dengan kawan-kawan yang ada pencapaian akademik yang baik. Contohnya student yang selalu dekan setiap semester ke. Alhamdulillah, Lulu punya group study dengan kawan-kawan yang selalu dekan. Banyak perkara yang Lulu belajar dengan mereka. Plus, Lulu kawan ngan seorang student India yang memang fasih dalam speaking. Dalam masa yang sama, Lulu dapat praktis cakap english even grammar ke laut. Hahaha..
3. Involvement / Penglibatan
Dalam kelas jadilah student yang aktif. Jangan pasif. Please!! Kalau ada benda tak faham, tanya je kat lecturer, jangan malu. Kita kan dalam proses belajar. Kalau malu, koranglah yang rugi. Kalau korang aktif dalam kelas, lecturer akan mudah ingat korang. So, kemungkinan besar, lecturer tu akan membantu korang masa tanda paper korang nanti. Jyeahhhh....
4. SOLAT JANGAN TINGGAL!
As Muslim, kita janganlah tinggalkan solat. Even orang bukan islam pon sembahyang dan berdoa dengan tuhan diorang. Kita orang islam, bila susah kita minta tolong dengan Allah. Tapi jangan time susah je baru nak solat. Allah mesti ingat korang kalau korang pun ingat Allah.
5. Fokus!
Lulu memang jenis tak minat baca buku. Boleh kata alergik la. Hahaha... Tapi Lulu minat menulis. Bila lecturer cakap kat depan, Lulu akan catat. Bila kita catat, otak kita berfungsi. Dalam masa yang sama, Lulu memang akan fokus dengan apa yang lecturer cakap. Setiap contoh yang lecturer bagi, memang kena take note. Itu semua ada markah dalam final exam.
6. Minta restu Ibu & Bapa
Seminggu sebelum exam Lulu dah Whatsapp parents Lulu. Minta maaf atas salah silap. Mohon parents doakan yang terbaik untuk kita. Bila type mesej tu meleleh air mata. Banyak dosa. HUhuhu.. Lulu memang tak pandai nak call. Malu sebenarnya. Hahaha.. Kalau call parents, rasanya banjir bilik Lulu. Kih3.. (DOA PARENTS TU PENTING. SUPAYA HATI LEBIH TENANG)
Haaaa.. itu jelah dari Lulu. Bukan tips pun. Mungkin orang lain punya tips lagi baik dari Lulu kan... Wink3 >..< Sekadar Share je.. :D
No comments:
Post a Comment