21 July 2012

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga merasakan bulan Ramadhan tahun ini. Yup!! Kali ni masih lagi berpuasa di perantauan (bunyi macam kat luar negara je). Cuma tahun nih apa yang seronok, dapat berpuasa, berbuka bersama keluarga tercinta di Melaka awal Ramadhan. Seminggu pulak tu!! Hahaha....


Tambah seronok lagi berbuka hari pertama hari ni, berbuka di rumah nenek, hampir seluruh adik beradik ibu sepupu Lulu pulang ke kampung untuk berbuka bersama-sama. Anak buah Lulu pun balik. Hahaha.. Bertambah lagi ahli keluarga pada Ramadhan kali ini. Seramai 3 orang. Anak buah lelaki seorang, sepupu perempuan baru lahir seorang, sepupu ipar perempuan seorang.. Nice!!

p/s: Puasa... Jangan ponteng. Tak penuh tak dapat duit raya.. (Upin & Ipin)

14 July 2012

Perkahwinan Sepupu di Melaka

Assalamualaikum,

Letihnya badan setelah sibuk tolong maklong Lulu untuk uruskan perkahwinan sepupu Lulu. Seronok rasanya bila tengok sepupu dah berkahwin, tamatkan zaman bujang. Seriously Lulu sangat gembira dengan perkahwinan sepupu Lulu. Simple but nice & happening!! Seronok bila ramai sepupu yang balik kampung (padahal bukan diorang yang balik kampung, Lulu yang balik dari KL lagi ada.... -..-)

Pengantin dok sibuk nak kahwin, Lulu yang sibuk pakai inai.. Hehehe.. Lulu memang suka inai. Cantik bila tengok jari ada warna merah..

Majlis perkahwinan sepupu berlangsung selama 2 hari 2 malam. Malam akad nikah pada Jumaat malam Sabtu, persandingan di rumah pihak perempuan sepanjang hari sabtu dan persandingan di rumah pihak lelaki sepanjang hari ahad.

Apa yang uniknya, menantu maklong Lulu semuanya nama panggilan bermula dari huruf 'I'. Menantu pertama Ida, kedua pula Izzah dan yang terbaru Izaty. Kreatifnya mereka!! Kih3... Inilah sebahagian gambar yang Lulu ingin share dengan pembaca.
Selesai akad nikah
Telekung untuk bakal isteri

Perfume dari pihak lelaki
Yang ni sepupu perempuan Lulu yg bakal tamatkan zaman bujang pada tahun ini juga.

Lulu & Bella in Polka dots cloth ^.^
Kepenatan yang melampau... Zzzzz!!

Kantoi!! Tak tahu ikat sampin... Hehe!!
Dah selesai majlis, pengantin jadi orang minyak!!




















P/s: Lepas Salwa kahwin, siapalah pula yang kahwin ye.. Hehehe!!! Lulu fokus untuk degree dulu, lepas kerja baru fikir kahwin. Kemungkinan 5 tahun akan datang... OPPSSS!!!!

10 July 2012

The Amazing Spider-Man Movie

Assalamualaikum...

Hari ni Lulu pergi watching2 movie!! Haha... Ala.. Kebosanan yang keamatan la katakan. Release tension sebelum Lulu nak ambik final exam untuk sem 3. Okey, back to the topic... Movie apa? Ni haaa....

The Amazing Spider-Man



Mula sekali Lulu nak komen tentang satu tradisi dalam filem Spider-Man ni la. Seperti yang kita tahu, sebelum ni dalam filem Spider-Man, hero dia tu mesti kena sengat dengan labah-labah. Lepas tu mula ada perubahan pada diri hero kan? Filem kali ni Lulu ingatkan ada perubahan, tapi sama je. Kena sengat, lepas tu perubahan berlaku. Bored.. 


Tapi apa yang seronoknya dalam cerita ni, aksi & komedi. Yup.. Lulu memang seronok jugak menonton filem ni. Sampai kurang nak bercakap dengan orang sebelah. Lawak dalam cerita ni memang slumber. Peter Parker masa baru dapat kuasa pelik tu, perangai dia agak 'bigau' (slank melaka), tambahan lagi dia pulak pemalu dengan Gwen Stacy (heroin dalam filem ni) masa nak mengurat awek ni. Haha..


Aksi dalam cerita ni memang buat Lulu terpegun. Malangnya Lulu tonton filem ni dalam dimension biasa je. So, Lulu sarankan tontonlah dalam bentuk 3D, rasanya lagi seronok kot.. Lulu rasa nak bagi 4 3/4 bintang lah. Ok kan? Hahaha... Enjoy!!

P/s: Tak sabar nak tunggu Ice Age 4!!

01 July 2012

Kali ni ke Genting Highlands


Assalamualaikum,
Hari ni Lulu nak kongsikan percutian Lulu ke Genting Highlands, Pahang. Apa yang uniknya kali ni, Lulu bercuti tanpa keluarga di sisi. Yelah, biasa duduk bawah ketiak ibu je. Kali ni Lulu ke Genting Highlands bersama rakan-rakan Lulu. Dan apa yang bestnya, rancangan ni adalah dalam masa jangka pendek. Dipendekkan cerita Lulu terus pergi ke KL Sentral untuk dapatkan tiket ke Genting Highlandas. Malangnya untuk dapatkan bas kena tunggu 3 jam. So, kami semua ambil keputusan untuk naik teksi sahaja. Tambangnya adalah RM25 setiap seorang. Kalau naik bas pula tambangnya adalah RM10.30.  Perjalanan ke Genting Highlands ambil masa hampir 1 jam. Kami naik skyway untuk ke puncak Genting Highlands.

Di Hadapan Skyway Cable Car
Tiba sahaja dipuncak kami breakfast. Oleh kerana pakej yang kami ambil (RM53) kena pilih antara nak main outdoor theme park atau nak makan waktu lunch,  so kami kenalah keluarkan sedikit wang untuk makan (Ehem… bukannya sedikit, paham jelah tempat macam ni, kalau nak beli makanan berganda dari harga biasa) Kami habiskan masa naik hampir semua permainan yang ada kat outdoor tu. Kami hanya tak cuba roller coaster spiderman. Huahuahua!! Semua kecut perut bila tengok orang yang naik roller coaster spiderman tu berada dalam keadaan meniarap. NGERINYA!!
First sekali cuba yang tak mencabar dulu.
Perjalanan ke puncak.
















Double Decker bus dari London uollsss!!



Tagged di tangan KAMI
Tips Lulu nak share:
1.       Lebih baik anda beli tiket awal-awal. Pilih pakej RM53 tu. Settle semua.
2.       Bila pilih pakej nih, Lulu cadangkan baik anda beli makanan dari luar. PENTING!! Kerana mampu menjimatkan banyak wang. Contohnya: Air Milo Ais diluar RM2.00, tapi dekat sini RM6.00. (HELLOO!! 3x Ganda la uollsss! -..-)
3.       Dinasihatkan lebih baik pergi seharian je. Tak payah tido sana (pada yang bercuti dengan rakan-rakanlah… kalau dah berkeluarga, tido jelah kalau mampu)
4.       Bawak sweater.. Sejuk amat kat sana. Terutama bila tengah naik roller coaster dan pada waktu malam. Agak-agak boleh beku kalau tak pakai sweater.
5.       Jangan pergi time cuti sekolah. Kalau nak jugak pergi, alamatnya beratur panjang menanti giliran untuk cuba permainan tu. So, kenalah bermalam.
6.       Terakhir sekali, jangan pergi time hujung tahun sebabnya apa yang Lulu tahu, Malaysia mengalami musim hujan bila tiba hujung tahun, bila hujan, permainan outdoor takkan dibenarkan untuk main. So dapatlah main yg indoor sahaja.. Hehe…

Tiga gadis Melaka yang suka ronda-ronda. CHILL!! ^.^Y